Rabu, 2 November 2011

CIKGU RAHMAN mengakhiri zaman bujangnyaaa....

Alhamdulillah...berkat doa semua orang dan doa semua anak2 muridnya,akhirnya ckg rahman berjaya kejinjang pelamin bersama gadis pilihan hati,Fadzilun bt mohd zawawi...pada hari sabtu bersamaan 29 oktober 2011( majlis akad nikah )...kenduri dilangsung pada keesokan harinya di chemor,dan pada hari ahad pula,kenduri di sebelah lelaki...Agak gembira kami disini dengan riak wajah cikgu yang ceria gituu...hehehehe....teringat kembali zaman 'lepak' dirumah bujang lepas SPM...main kejar-kejar dalam rumah..main "KOKOK" bersama...hahahaha....teringat juga kepada kriss biru yang banyak berjasa kepada kami...first time naik,terus accident...hancur moto...sorry ckg...hehehehe...Kami geng rumah bujang mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" moga kekal ke anak cucu...sampaila ke cicit....


Geng Rumah Bujang :

Isnin, 19 September 2011

Anda Adalah Semangat Saya...

Jika kita bicarakan tentang pemberi semangat,anda mungkin mempunyai satu benda atau pun seseorang yang menjadi sumber inspirasi anda dan juga menjadi pendorong kepada anda untuk terus maju kehadapan.Siapakah orang itu.???hanya anda sahaja yang tahu siapakah orang tersebut..Ada sesetengah orang menganggap Ibu dan Bapanya,ataupun mungkin seseorang yang hadir dalam hidup anda tanpa diduga terus mendorong anda ketahap yang lebih berjaya dan maju kehadapan bersamanya.Harus diingatkan,kita sepatutnya bersyukur dianugerahkan oleh Allah kepada kita sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya...walaupun berjauhan,ia nya tetap dihati,tetap diingatan,dan sentiasa dirindui...Tanpa mutiara tersebut,terasa sesuatu kehilangan yang teramat sangat...sehingakan terasa dunia ini sudah menjadi gelap-gelita...Oleh itu,sayangilah mutiara tersebut,jangan biarkan ia hilang dari hati anda dan yang paling penting didalam HIDUP anda..!!!Pastikan ia terus bersinar dan terus menyinari kehidupan anda untuk masa yang akan datang...Saya SAYANG mutiara saya yang jauh dari pandangan mata ini...Take Care..

Rabu, 14 September 2011

Kisah Seorang Anak Yang Derhaka...




Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Wassalam...

Rendahkan Ego,Terimalah Pandangan Orang Dengan Seadanya....

Walaupun kita seorang yang tinggi ilmunya,harus diingatkan bahawa ilmu itu datangnya daripada mana?tidak berhak untuk kita menggunakan ilmu yang ada itu untuk merosakkan diri sendiri disamping menyusahkan orang lain...kita hidup bermasyarakat...jangan terlampau memandang rendah terhadap orang lain yang kurang ilmunya daripada kita,manalah tahu,satu hari nanti ditakdirkan oleh ALLAH,ilmu yang kita ada itu ditarik semula....adakah kita memikirkan tentang perasaan orang lain sebelum kita membuat sesuatu keputusan?jangan hanya kerana dendam dan tidak berpuas hati dengan orang tersebut,kita mengambil langkah untuk menghancurkan masa depannya....fikirlah wahai sahabat yang budiman....

Motivator Memerlukan Motivator...

Seorang motivator memerlukan seseorang yang boleh memimpinnya dan menasihati dirinya untuk terus maju...kadangkala,motivator itu sendiri mempunyai masalah...dan tidak mampu menyelesaikannya secara bersendirian...sebagai manusia biasa,kita ada kelebihan dan ada juga kekurangannya...dengan itu,kita harus bersikap professional,dan menerima segala pendapat orang dan pandangan orang terhadap kita...rendah kan ego kita apabila berhadapan dengan masyarakat...kerana mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri yang kita tidak tahu...kesimpulannya,bersikap PROFESSIONAL adalah yang terBAIK....

Selasa, 13 September 2011

Alhamdulillah.......

Hari ini,segala yang terbuku dihati diluahkan dengan sebaik yang mungkin...dapat selesaikan masalah yang dihadapi dengan baik...syukur kepada Allah dengan Qada' dan Qadar yang ditentukannya....kita sebagai manusia biasa tidak lari dari membuat dosa dan kesilapan...dan,saya berharap sangat supaya kawan2 saya yang membaca catatan ini,setiap kali kita ada masalah ataupun rasa tidak puas hati,terus face to face dengan orang tersebut....jangan kita simpan didalam hati,terus berfikiran negatif terhadap dia,dan hanya mendengar sebelah pihak sahaja...harus ada tindakan yang professional didalam diri...fikiran kena selalu positif baru hidup lebih maju...kalau kita keliru dengan apa yang orang cakap,terus berjumpa...itu adalah lebih baik...

Walaupun masih berada dalam mood yang sedih,hari yang akan datang harapnya ada lagi sinar yang menanti...terima kasih yang sudi membantu,memberi nasihat,bersimpati dengan diri ini...jasa anda tidak dapat saya balas....hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya...diharapkan supaya anda terus menyokong saya dari belakang...supaya diri ini masih lagi bersemangat....

Satu pertemuan telah selesai.....kini,menanti beberapa lagi pertemuan yang akan diakhiri dengan mood yang sedih diiringi curahan air mata....nantikan seterusnyaaaa.........=(

Isnin, 12 September 2011

Selamat Tinggal Semua.... :-(


Hati masih sayu mengenangkan nasib yang menimpa diri...walaupun terpaksa menelan segala keperitan,dan kepahitan,disebalik senyuman ini,tersimpan 1001 kesedihan...terkenang kenangan indah bersama anak buah yang dahulunya layu dan longlai,kini bersemangat untuk maju kehadapan....tapi sayangnya,kita hanya mampu bersama dalam masa yang singkat...walaupun berat hati untuk meninggalkan kalian,tapi,hakikatnya,hanya Allah sahaja yang tahu...teringat senyuman barisan pengawas lelaki dan perempuan ,..." kita seperti satu keluarga.. senang bersama,susah bersama ",itulah perkataan yang selalu diungkapkan oleh guru pengawas ketika usrah...tujuannya adalah untuk beliau gembira melihat sekumpulan pengawas berganding bahu,bersama-sama menjalankan tugas....anak-anak murid 3 iltizam yang sememangnya membuat kat ustaz gembira dan tertawa melihat kamu berjenaka,melihat kamu bermain bersama,melihat kamu makan bersama...itulah membuatkan kita semakin rapat sehingga ke hari ini...hari ini,ustaz terpaksa lepaskan kamu untuk belajar berdikari...dengan harapan,satu hari nanti,apabila kembalinya ustaz disana,ustaz akan melihat anak-anak murid ustaz sudah berjaya,dan pandai berdikari walaupun tanpa ustaz disisi...ingatlah tawa dan nangis kita bersama...ustaz akan sentiasa merindui kamu...jika kamu rindukan ustaz,bayangkan muka ustaz yang sedang memegang rotan...hanya untuk mendidik kamu supaya menjadi pelajar yang baik dan berjaya...akhir kata,SELAMAT TINGGAL SEMUA...Ustaz sayang kalian....kenang daku dalam doamu....semoga kita bertemu semula...Anda Adalah Yang Terbaik....



Walaupun Pahit Harus Ditelan Jua.....

Pernahkah anda mengalami pengalaman yang pahit..???Contohnya,anda ditinggalkan kekasih,ataupun dibuang kerja...???Andai anda pernah mengalami situasi ini,anda harus membaca catatan ini sehingga akhirnya.....
Kadang-kadang Allah menurunkan suatu ujian terhadap hambanya dalam pelbagai keadaan dan situasi..kita harus bijak untuk menangani ujian tersebut.,iaitu,dengan 

1-REDHA dengan ujian tersebut,
2-Berdoa kepada Allah supaya ada yang terbaik yang menanti anda,
3-Berfikiran positif terhadap orang tersebut,
4-Kuatkan semangat untuk terus maju kehadapan,
5-Sentiasa senyum dan bergiat aktif dalam sukan supaya anda tidak terlampau stress,

Itu adalah antara tips2 yang dapat saya kongsikan bersama anda pada malam ini....


Bola Sepak Permainan Bijak...

Ada sesetengah orang yang menganggap bahawa permainan bola sepak adalah permainan yang bodoh...tetapi,bagi orang yang pandai bermain bola,ia menjadi satu tabiat ataupun hobi yang amat mengasyikkan,kerana permainan bola sepak dipenuhi dengan skill dan strategi permainan yang membuatkan orang tersebut berasa gian untuk bermain walaupun berada dalam keadaan yang tidak sihat...kesimpulannya,FOOTBALL is the BEST......

Ahad, 11 September 2011

Pengalaman Mendewasakan Kita...

Kadang-kadang ada sesetengah orang merungut dengan masalah yang datang menghimpit diri...sebenarnya,jika kita fikirkan balik,masalah yang datang tu adalah asbab untuk kita maju kehadapan dan sebagai persediaan untuk kita hadapi segala rintangan dan dugaan yang Allah akan turunkan kepada kita...dengan itu,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita sama ada dari sudut positif ataupun negatif....kerana Allah lebih arif daripada kita yakni hambanya yang kerdil dan lemah yang sering berbuat dosa.....Fikirkan..